Rancangan Pengajaran Harian(RPH)
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Bil. Murid : 25 Orang
Tahun : 4 Cerdik
Tema : Pencemaran Alam sekitar
Tajuk : Bumi Tercemar
Tarikh : 10 Oktober 2012
Masa : 60 minit
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama 4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat
tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat
dan tersusun.
Aras 2 (i) Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik
dengan jelas dan teratur.
Fokus Sampingan 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
Aras 2 (ii) Memberikan respons yang sesuai berdasarkan
soal yang dikemukakan.
Objektif : Pada akhir sesi pengajaran, murid-murid dapat:
i. Menjawab sekurang-kurangnya 3 daripada 5
soalan yang dikemukakan secara lisan.
ii. Menyampaikan syair dengan lancar, gaya dan intonasi
yang betul.
iii. Menyenaraikan maksud tersirat yang terdapat pada
syair yang disampaikan.
Aktiviti : 1. Guru bersoaljawab apa yang terjadi pada alam sekitar
pada hari ini.
2. Murid membaca lirik syair.
3. Guru menunjukkan kad imbasan.
4. Guru menyampaikan syair yang bertajuk "Salah Siapa"
dan murid mendengar dengan teliti.
5. Guru meminta murid menyampaikan syair dengan
gaya, intonasi dan rima yang betul secara kelas,
kumpulan dan individu.
6. Guru dan murid berbincang tentang maksud syair
rangkap demi rangkap
7. Murid diminta menyalin lirik syair.
8. Murid diminta menulis maksud syair dalam buku tulis.
9. Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murni.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Kosa kata : Binasa, Terlambat, Melanda, Anugerah.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, sebutan dan intonasi.
Nilai Murni : Kebersihan, bersyukur, menghargai
alam sekitar.
Pengetahuan sedia
ada murid : Murid-murid telah mengetahui tentang pencemaran
alam sekitar dan faktor-faktor yang menyebabkan
pencemaran alam.
BBM : Power point, gambar, kad Imbasan.
Refleksi :
Bumi Tercemar
Alam ini anugerah Ilahi,
Jagalah ia sepenuh hati,
Jangan dimusnah jangan dicemari,
Jika binasa sukar diganti,
Hutan ditebang sesuka hati,
Tadahan hujan musnahlah kini,
Mengapa dibiar terus begini,
Sekatlah cepat terlambat nanti,
Jika hijau pandangan kita,
Udara segar pasti terasa,
Nyaman hidupmu setiap masa,
Penyakit tidak akan melanda,
Bukan sukar untuk menjaga,
Sikap sering menjadi punca,
Tegur-menegur setiap masa,
Moga kalian akan terima.
No comments:
Post a Comment